Saturday, June 3, 2017

PUBLIC MUTUAL INCENTIVE TRIP 2017, SEOUL-JEJU PART 2

Bertemu lagi kita!

Part 2 semestinya lebih menarik sebab bermulanya penerokaan kami di Jeju Island. Pulau Cinta. Hihi.
Hari ini kami secara tentative akan dibawa ke 4 tempat menarik di Jeju ini!

Setelah selesai breakfast, kami berjalan-jalan dulu sekitar hotel ramada plaza Jeju. Kerana di belakangnya terdapat laut dan trek jogging. Subhanallah, sungguh indah ciptaan ALLAH. Dengan cuaca yang cukup berangin, memang mendamaikan!


didepan hotel, belakang kami tu nama dia grandpapa stone :D

Hotel kami sebelah laut

Destinasi pertama kami adalah the mysterious road. Apa yang misteri di mysterious road ni adalah, kita kan Nampak kenderaan seperti menaik walau ianya sedang menuruni bukit. Kira macam ilusi optic la. Tapi, masalahnya.. saya tak Nampak pun..hahahha. Tapi kira Ok la..suami saya nampak. Kih kih kih. Sebenarnya ia lebih kepada ilusi optik, so lain mata lain nampak dia. Apa tak kena dengan mata saya eh??? Eh..mata orang lain la yg x kena. ahahha

mysterious road yang tak berapa misteri :P

Selepas ke mysterious road, kami dibawa ke KPOP museum. Ha.. yang minat KPOP sure melompat-lompat. Kami? Biasa2 saja. Hihi, tapi kalau Puan Shidah memang terlayan jugak drama korea sekali – sekala. Haha. Tapi xdalah fanatic sangat. So, dalam KPOP PLAY ni adalah game2 seperti bergambar dengan image2 holgram artis2 KPOP terkenal seperti WonderGirl dan Big Bang.


berangan jadi awek KPOP jap, sape ntah nama org ni, saya x kenal ahahaha

haha, ngade je kan bergambar dengan mamat korea :P

haha, posing la kita

ni pun saya x kenal, tapi selalu tgk dia berlakon haha


Oh, kami sempat juga la menyaksikan hologram concert big bang. Kelakar pulak tengok anak-anak muda terpekik-pekik macam real punya concert. Haha. Boleh la…terhibur jugak.


hologram concert, macam real kan :)

Dah puas berlegar-legar di KPOP PLAY, kami dibawa menikmati lunch di Restoran Seafood. Menu nya adalah seafood termasuk abalone. Tau tak abalone tu camane? Dia tu kategori siput macam dalam gambar bawah ni. Hihi. Saya memang xda makan apa la masa ni, cuma makan mackerel grill dan nasi putih. Memang jenis xmakan seafood pun tambah tengah pantang lagi :D

Setelah lunch, kami diberi ruang dan masa untuk menyempurnakan solat di restoran tersebut. Antara kelebihan join incentive trip dibawah Public Mutual ni adalah, makan dan solat sangat dijaga. Walaupun tour guide adalah  non-muslim, tetapi mereka menitikberatkan soal itu, sensitive dengan keperluan orang muslim. Trip pun diatur group sesama muslim. Bukan untuk perkauman, tapi untuk memudahkan perancangan jadual memandangkan solat juga akan mengambil masa kerana ruang yang terhad dan wudhuk di dalam tandas.

Setelah segalanya selesai, kami dibawa untuk menikmati keindahan Chanjeyeon Waterfall. Orang2 korea percaya bahawa adanya bidadari dari langit yang turun bersiram di sini pada suatu masa dahulu. Airnya sangat dalam dan pelawat tidak dibenarkan mengusik air tersebut hatta membassuh tangan. Jika berbuat demikian, akan didenda. Di signboard juga ada mengatakan jika mandi disitu, akan mendapat risiko serangan jantung. Ini kerana airnya yang sangat sejuk dan dalam.




Last destination pada hari kedua adalah the painters hero show studio. Kami dibawa menyaksikan concert yang dipersembahkan oleh 4 anak muda korea yang cukup berbakat dalam melukis. Persembahan yang diselitkan unsur-unsur komedi sambil menyiapkan beberapa lukisan cukup menarik! sungguh kreatif sehingga saya mengharapkan Umar juga akan mempunyai bakat melukis yang hebat seperti itu suatu hari nanti. Ye lah, Umar kan minat melukis! :)




4 anak muda bersama lukisan mereka yang disiapkan dalam persembahan berunsurkan komedi

nak jugakkk..ahahaa

bila dah puas bergambar bagai, maka kami dibawa pula ke restoran seafood untuk menikmati makan malam. Alahai...seafood lagi, saya rela makan kurma. ahahaaa...

bersambung episod 3 nanti ya :)

muah2x!

Thursday, June 1, 2017

PUBLIC MUTUAL INCENTIVE TRIP 2017, SEOUL-JEJU PART I

Alhamdulillah,

Sempena 1st Ramadhan baru berkesempatan nak menulis sedikit tentang incentive trip public mutual pada 2 minggu lepas. Alhamdulillah trip yang sangat best. Bersedialah untuk menerima banyak episod dari kami hehe.

Alhamdulillah, kami bertolak ke Incheon, Seoul dari Kuala Lumpur pada 15th May dalam jam 11malam. Malam ...kira ok lah, boleh tidur. yahoo! hihi. Selama 5jam 30minit dalam flight Korean Air, kami selamat mendarat di Incheon airport pada keesokan harinya. 

Alhamdulillah! cuaca yang baik. Sejukk. 


Setelah selesai semua urusan baggage claim, immigration dan sebagainya, kami dibawa oleh travel agent iaitu Sri America tours. Tour agent  yang sangat ramah dan komited. Memang terbaik layanan. 1st destination adalah restoran di area Incheon airport untuk menikmati breakfast. Menu yang agak menarik. Tapi disebabkan saya pun x berapa nak selera, plus faktor kesihatan yang perlu menjaga makan, saya hanya pilih kismis dan telur rebus. Nasi goreng tu x berani sangat nak makan sebab macam pulut je beras. Plus tawar heber. haha. 

sarapan kami :)

Setelah selesai breakfast, kami dibawa ke Kimchi School untuk merasai pengalaman membuat kimchi. Serta merasai pengalaman memakai Korean Traditional wear iaitu Han Bok. Antara info yang saya perolehi tentang kimchi adalah: Ianya fermented food yang tiada expired dan mempunyai kadar bakteria baik (probiotik) yang tinggi. Dan sangat2 baik untuk penghadaman. Patutlah kita tengok orang Korea ni lawa dan slim sebab tiada masalah pencernaan kan. Lagipun masakan mereka tidak overloaded dengan gula, lemak serta MSG. Banyak rebus2 dan rasanya pun tawar. Memang menyihatkan! Kalau orang Melayu?? no comment, hihi. 

ready nak buat kimchi! :)


Han bok experience. Kalau Jepun ada Kimono, kalau korea ada Han Bok. Di sini juga kami berpeluang merasai pengalaman memakai Han Bok. Cantik-cantik design. Saya dok bayang2 nak warna pink, akhirnya dapat warna pink! hehe. Nampak tak the power of law attraction? :D Tengok gambar bawah ni, macam maharaja dan maharani korea tak. Hihi



Setelah selesai segalanya di sini, kami dibawa menikmati lunch di restoran halal (x ingat nama apa restoran huhu). Menunaikan solat dan seterusnya ke Gimpo airport untuk bertolak ke Jeju Island. Selama 1  jam perjalanan sampai lah kami ke Pulau Cinta itu. 

Welcome to Jeju, oh yeahhh!!

Sejukkk..berangin! indah sungguh! Dan seterusnya kami dibawa untuk menikmati dinner iaitu menu sashimi (ikan2 dan makanan laut mentah) hihi, nasib baik ada sup, ku rebus je smua ikan2 tu baru boleh telan :D


nampak x betapa seramnya menu2 itu. hihi. Tapi ikan tu bila direbus rasanya macam siakap stim, selamat la perutku dari kelaparan. Seafood lain mmg x sentuh la x berani lagi, pantang sebab resdung nanti :D Setelah kenyang, kami diberi peluang sekejap menikmati keindahan view laut di tepi restoran dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Ramada Plaza Jeju Hotel untuk berehat. Penat wooooo... 


ok, nantikan sambungan part 2 ye! :P

Regards, 
Farhan & Rashidah 
Wealth Planner 
019-916-7880 
013-440-4869


Follow us for more tips :)