Friday, January 17, 2014

Jalan-jalan timba ilmu : Program Santai Magic Legasi Anugerah Terindah Biz di Kerteh

yihaaa!! yippie!
tau x kenapa happy tahap Gaban??? sbb hari ni hari jumaat!
kita cuti2 Malaysia lah! ops~~ hehe
sbnrnya sudah tiba hari utk bershaklee dgn sepenuh hati..hihi.
eh, xdalah kata kalau weekdays, tak sepenuh hati...cumanya bila dah weekend ni fefiling tu lain sket,sbb mmg bleh FOKUS 100%! hehe

oklah, hari ni boleh berblog lagi. Nak cerita banyak yang pending. hihi. 
last week 11 jan 2014, kami sekeluarga sempat menghadirkan diri ke program coaching di bawah legasi master Ira di kerteh. Bertolak jumaat pagi, so kami check in dlu di residence hotel, paka atau skrg dia dah tukar nama ke The Qamar...cewah~~~ hihi

kira nice jugak lah stay kat residence ni, sbb dlu pun dah pernah stay sini, makanan dia...facilities..bilik..boleh tahan lah. berbaloi dgn harga. lagipun masih dapat rate diskaun utk staff p******* :D Dan the main reason kenapa nak stay sini walaupun satu malam ialah.....ada org mengidam nak swimming! haha. Sampai sana dah risau2 sbb cuaca x berapa cerah. Hujan renyai2. Tapi, dalam kul 3 ke atas tu dah stop hujan..sempatlah Umar dan Abi berendam skjp. Tadaaa!!


syok berendam dua beranak ni, pantang jumpa pool :D

kira terubatlah hati dua beranak ni nak main air..hihi. tapi seram sket sbb angin pantai kuat sangat. Pastu Ombaknya..mmg seriau lah saya..pastu angin makin kuat dan kuat...disertai dgn hujan lebat. kira smpat lah gak dlm 40 minit berendam...puas lah hati kan..hihi. Lepas tu balik rest kat bilik je. Umar main ngn abi..umi sambung kerja order barang jap hari tu. Malam lak pekena nasi beriani kat area Paka ni. hihi


Subhanallah...besar ombak..angin sgt kuat masa ni...gigih zoom kamera amik gambar...huhu

oklah, tutup cerita kolam.. esoknya kami ke Pusat tuisyen Ilmam, lokasi coaching pada hari tersebut. Smpai agak lambat sbb urusan check out hotel dan Umar cirit pulak.hehe. ni lah kalo g mana2 bawak anak kan..ada saja cerita. But I enjoy..dan sgt menghargai saat bersama anak sbb mmg impian ni, g mana2 saja nak bawak anak. mmg sesuai lah buat bisnes shaklee ni, mesra keluarga :) 

saya ke kelas coaching ni bertujuan menambah lagi ilmu yg masih kurang disamping memberi support kepada anak cucu shaklee yg menghadirkan diri. Saya ingin mereka tahu bahawa mereka sentiasa ada team yg support mereka di belakang, atas bawah kiri dan kanan.. Hehe. lagipun ..kak ira ada berikan amanah utk mnyampaikan sharing ringkas berkaitan "bestnya bonus 5 angka!" Alhamdulillah...walaupun dengan anak ke hulu ke hilir, tapi sy berjaya menyampaikan segala point2 penting kpd sahabat2 shaklee sy :) Satu lagi bonus, bila datang ke kelas coaching macam ni, kita dapat aura yg positif tu, bukan sng tau, slama ni dok dgr suara dlm talipon, dok whatsapp je...nilah masanya nak hug2 tukar cas positif kan? hihi

tgh bagi sharing... oh senget lak gambarnya..huhu

antara isi penting kelas coaching selama 4 jam lebih ni ialah lebih kpd beginners sbb melibatkan pengiraan UV dan bonus, mengenali produk shaklee, tips perniagaan internet, tips boost up sale dan motivasi direct drpd master ira on how to be a master (mudahnya menjadi master) . Mmg sgt berharga smua ilmu itu, walaupun ada yg sy sudah tahu, tapi saya anggap sebagai refreshment utk diri saya yg kdg2 pasti ada terlupa kan. Alhamdulillah, sy sgt menghargai setiap majlis ilmu yg disediakan warga jutawan shaklee, sbb tu lah walau jauh di Kuala Lumpur, kalau ada kesempatan saya mmg akan usaha utk hadirkan diri. Suami pun support dan masanya agak flexible utk menemani sy menghadirkan diri ke kelas begini. Alhamdulillah, itu rezeki juga bagi saya :)

suasana majlis coaching, master yg bersemangat, anak2 dibawa bersama :)

sebahagian drpd warga anugerah terindah yg berjaya menghadirkan diri. 
gambar di bawah adalah anak, cucu dan mak shaklee saya :)

begitulah sedikit sharing ringkas saya berkenaan jalan2 timba ilmu kali ni. Yg pastinya bila abes je kelas, masing2 bersemangat meneruskan misi memburu target dalam shaklee. Di sini, sy kongsikan sedikit point perkongsian saya di kelas ini iaitu:

saya pilih shaklee kerana:
  • saya yakin dgn quality produk shaklee, dan yakin dgn syarikat yg stabil serta marketing plan yg sgt adil dan telus
  • shaklee biz boleh dibuat secara online, so sy x perlu habiskan masa ke sana ke sini utk cari customer
  • utilize kebolehan facebook dan blog, mmg sy ada kebolehan ni sejak zaman belajar
  • shaklee bukan bisness HEAD HUNTING!
  • mempunyai cita2 sbgai WAHM (bekerja dari rumah sambil jaga anak sendiri)
  • saya suka suasana kerja yg flexible
  • saya suka buat sesuatu kerja yg terus memberikan hasilnya bukan tggu makan gaji smata
  • dalam masa xsmpai 2 tahun saya sudah merasa income yg mgkin kalau harapkan makan gaji sy kena tggu sampai belas2 tahun
  • stiap bulan increment shaklee saya sama dgn increment tahunan tmpat sy bekerja dan saya tidak perlu menanggung bebanan kerja dan stress yg terlalu berat. Semuanya hanya dilakukan dari rumah menggunkan online sistem
  • dengan shaklee, saya semakin mempunyai lebihan wang utk membantu ahli keluarga dan mereka yg memerlukan
  • dgn menyertai shaklee team yg betul, ibadah, pemikiran dan tingkahlaku saya semakin lebih baik
dan banyak lagi reason yg saya rasa kalau nk senaraikan...mmg x abes satu muka blog ni..hihi. Oklah, jumpa next entry :)


Berminat utk menjana income hanya dari rumah secara online??
Hubungi saya skrg, saya akan tunjukkan jalannya.

tips memilih bisnes MLM :
  • pastikan produk yg halal dan berkualiti, tiada kesan sampingan dan mempunyai ujian klinikal (shaklee adalah slamat berkesan dan mesra alam dan mempunyai sijil halal)
  • background syarikat yg stabil dan kukuh (shaklee sudah 56 tahun di dunia, dan 20 tahun di Malaysia)
  • marketing plan yg telus, adil dan mengikut syariah (shaklee tidak mengamalkan sistem piramid, mematuhi syariah dan tidak menekankan HEAD HUNTING!)
  • pilih support group yg betul (saya adalah dari susur galur Jutawan shaklee yg mempunyai group support tersendiri, yg sgt mengutamakan knowlegde and skill sharing, juga menyediakan pemantauan on performance anda. Kami juga menekankan konsep mudahnya menjemput rezeki)

hubungi, rashidah juhari di 013-4404869 :)

Tuesday, January 14, 2014

more family vacation after having flexible working time-percutian ke Penang :)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, hari ni cuti maulidurrasul, dapatlah saya meluangkan masa utk bercerita dgn kawan2 di sini. Sama2 juga kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.. bukan hari ni je tau tapi biarlah stiap hari :)

belum habis lagi saya menceritakan pengalaman2 saya sepanjang mengambil cuti tanpa gaji. Skrg dah 2 mggu saya menyambung sekali kerja hakiki di petronas training centre. oh...sgt berbeza rasanya.. Saya rindu saat2 saya bersama keluarga dan hanya menjalankan tugas menjana income dari rumah. Lain benar rasanya dan saya rasa sy kena kembali ke saat itu buat selamanya insya ALLAH! doakan saya!

antara perkara best bila kita hanya bekerja dari rumah...kita mempunyai lebih bnyk percutian bersama keluarga pada bila2 masa yg dimahukan. Yg paling best, dikala org kalut kerja dkat ofis..kita pula boleh pilih waktu tu utk berjalan2 dan bercuti. Jalan pun x jem, kwsn percutian pun x crowded sbb bukan musim cuti sekolah. Kadang2 pergi mall atau shopping complex pun xdalah pening mcm weekend kan. mmg best!


kenangan bercuti di Penang :)

hujung december yg lepas, sy berpeluang mengikut suami ke Penang kerana atas urusan kerja nya. Oh ya, suami saya juga merupakan seorang perancang kewangan Islamik di bawah Prudential BSN Takaful yg sedia membantu anda dalam merancang kewangan anda dari sudut income protection, medical expenses dan juga saving&investment. Jadi, kerja suami walaupun ada office hour, tapi tidak terikat. Masih flexible utk memohon cuti pada bila2 masa sahaja mengikut keperluan sbb dia sndiri yg approved cuti. hehe. Tapi walaupun bercuti, bisness tetap boleh jalan sbb client berada di mana2 sahaja :)


boleh lah hubungi suami saya kalau berminat nak dengar explanation daripada dia ttg kelebihan takaful ni :)


so, december hari tu, suami ada conference di Penang dan saya ikut. Sekaligus kami merancang percutian selama 3 hari di sana. Sy excited sgt sbb itulah kali pertama saya jejakkan kaki ke Penang. hehe. Jakun kan. Dan saya xlepaskan peluang utk mendalami keindahan Penang. Yg best, sy rasa org Penang ni ramah2 la jugak. Sbb yg jadi tourist guide kami tu pun kawan suami, dia ada family di Penang..so bnyklah yg kami dapat tau dari Penang. Satu lagi...Penang ni mcm syurga makanan bagi saya...patutlah ramai food lovers suka pergi Penang...hihi

walaupun x banyak tempat kami pergi, tapi boleh lah nak hiburkan hati. Sbb ni yg pertama, suami kata lepas ni ada lagi yg kedua dan ketiga dan seterusnya. Bukan apa..sbb manager suami ofisnya di Penang...so mmg akan g Penang sokmo lah..hehe

kami stay di Pearl View Hotel. Oklah hotel ni...cuma bilik dia dari lobby agak jauh sbb bangunan dia ada banyak wing. Bnyk pusing2 jalannya. Makanan dia boleh la nk telan. Cuma sana xda swimming pool. So, xbleh la Umar dan abi dia nk main2. Kami pilih hotel ni sbb dia location conference suami. So, xdalah nnt jauh suami nk drive ke tempat event.


pearl view hotel (gambar ihsan google)

Hari kedua di sana,kami berpeluang untuk ke sebelah Pulau, amik2 angin ingat nak cari passembor, tapi kdai yg best xbuka. Tapi xpalah...at least boleh tgk2 jalan, pekena jeruk pak Ali dan nasi kandar pun kira beres lah. Pastu kami ke Padang Kota Lama, tgk2 bangunan sana, tgk2 pantai. Pastu ada satu kwsn yg banyak burung merpati...enjoy Umar main2 :) ada sorang uncle Chinese ni siap bawah satu plastik besar roti bagi kami feed burung2 ni. hehe.. :)

umar main dgn burung merpati

Umar main kat Taman

berlatarbelakangkan bangunan lama di padang Kota Lama (x igt bangunan apa..hihi)

oklah jugak dapat jalan2 release stress tgk gelagat org kan, Walaupun panas dan agak penat, tapi rasa berbaloi. Dan malam tu pulak kami mendapat invitation dari boss suami utk makan malam bersama keluarga di sebuah kafe yg bagi saya cukup exclusive, Puncak Mutiara Cafe yg terletak di Kampung Pelet, Seberang Perai. mmg cukup exclusive tempat ni. Sbb dia asalnya kawasan kediaman seorang bekas ahli perniagaan, dia gunakan kawasan rumah dia yg besar tu utk buat sebuah kafe sbb xnak kwsn rumah sunyi nnt. keliling dia ada mcm tasik lah, pastu dilengkapi swimming pool, kolam ikan. Tempat makan dibuat mcm pondok2 kecil yg pasti menjaga privacy stiap customer yg dtg. Mmg ramai org dtg dgn menu yg mcm2, pekerja pun ramai betol. Hihi... jakun jap :P

dgn kak linda(wife kwn suami) dan kak fiza(wife boss)

muka kenyang belaka

keluarga prudential (saya shaklee :P)

Umar dan Umi tgk ikan

Alhamdulillah...rasa sangat menghargai setiap ciptaan ALLAH dgn lebih mendalam bila ada masa utk menikmatinya. syukur saya diberi peluang utk menjana income hanya dari rumah yg menjadikan saya mampu untuk berada di sisi keluarga setiap masa. Saya juga mampu memastikan anak2 dibawa ke mana sahaja saya pergi. Mmg ini cita2 saya, ke mana saja saya, ingin benar suami, anak dan juga ibu disisi. Kerana mereka inilah sumber inspirasi saya utk terus melangkah jauh dalam shaklee. Insya ALLAH saya akan berusaha utk mencapai title WAHM tidak lama lagi, doakan saya!


Berminat utk menjana income hanya dari rumah secara online??
Hubungi saya skrg, saya akan tunjukkan jalannya.

tips memilih bisnes MLM :
  • pastikan produk yg halal dan berkualiti, tiada kesan sampingan dan mempunyai ujian klinikal (shaklee adalah slamat berkesan dan mesra alam dan mempunyai sijil halal)
  • background syarikat yg stabil dan kukuh (shaklee sudah 56 tahun di dunia, dan 20 tahun di Malaysia)
  • marketing plan yg telus, adil dan mengikut syariah (shaklee tidak mengamalkan sistem piramid dan mematuhi syariah)
  • pilih support group yg betul (saya adalah dari susur galur Jutawan shaklee yg mempunyai group support tersendiri, yg sgt mengutamakan knowlegde and skill sharing, juga menyediakan pemantauan on performance anda. Kami juga menekankan konsep mudahnya menjemput rezeki)


hubungi, rashidah juhari di 013-4404869 :)


Follow us for more tips :)