Tuesday, January 29, 2013

Shaklee Get Clean® Water Pitcher, penapis air mobile, idaman setiap insan :P



MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


sms me at 013-4404869 utk order :)

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday, January 28, 2013

Hamil dengan sihat dan bertenaga dengan SHAKLEE!

Alhamdulillah, 

Dalam masa yang singkat ni saya nk kongsikan sedikit tentang vitamin Shaklee utk mengandung.Rasa tenang bila customer bagi feedback positif ttg set mengandung ni. Saya sndiri xpernah cuba lagi spnjg mengandung sbb dlu belum kenal SHAKLEE. anak kedua insya ALLAH. hehe

btw, sape ye yang perlukan vitamin2 ni? of course la yg mengandung! hehe. tapi kalau katakan awak dah sihat xda mslh apa, xyah ambil pun xpe. tapi, highly recommend utk amik sbb kita tak tahu sejauh mana apa yg kita makan tu cukup utk kedua2 kita dan baby! baby perlu lagi bnyk nutrisi utk berkembang tau. Especially yg low HB, sgtlah penting utk anda amik supplement ye!

oklah, apa kata, kita tgk apa yang ada dalam pakej mengandung ni ye! :)




· Energizing Soy Protein sumber tenaga, serta membekalkan protein untuk pertumbuhan sel bayi. Juga  untuk baik untuk kulit bayi dan ibu

· Vitalea Iron formula iaitu multivitamin dan multimineral yg membekalkan keseluruhan nutrisi yg diperlukan badan. Dengan formulasi zat besi untuk pembentukan hemoglobin

· Omega Guard membekalkan asid lemak perlu untuk perkembangan otak bayi

· B complex sebagai anti stress dan membekalkan asid folic utk perkembangan tulang dan saraf bayi

· Ostematrix sumber kalsium, magnesium dan vitamin D, utk penyerapan kalsium maksimum ke dalam badan dan penting untuk kekuatan tulang ibu dan anak. Kalsium bnyk diperlukan semasa meneran bayi


ha..tgk functions dia tu mmg semua ibu mengandung perlu. sbb masa mengandung ni kita share smua ngn baby. and of course wlpun kita selalu kencing, air pun kena minum bnyk tau, reasonnya buah pinggang kita bekerja lagi kuat sms mengandung sbb nak buang yg baby punye skali. hihi

oklah, xsah kalo x tgk testimoni org kan? jom2 usya feedback yg best2 belaka ni.











 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

regards,
ummu Umar :)
shaklee iD: 867851
013-4404869

Saturday, January 19, 2013

Testimoni pengguna vitamin shaklee untuk kesuburan :)

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? hope gembira di hari sabtu.. wiken kan...hehe. saya pun kalo wiken mmg happy sesangat! sbb boleh main2 ngn Umar.. boleh update blog.. boleh kemas2.. huhu. sangat2 teringin jadi WAHM ok...Tapi redha je la, masanya belom mengizinkan utk saya jadi WAHM.. insyaALLAH soon..very2 soon

ingt x 2-3 hari lepas saya ada share ttg vitamin kesuburan kan? ha.. lepas tu berderet2 org pm n sms tny.. yg paling byk tny... brkesan x ek? huhuhu

mcm sy pernah gtau sblom ni..sy x boleh jamin 100% sbb ni one of usaha kita je kan... sbb bnyk faktor lain yg kita kna jaga gak. Shaklee ni kan nutrisi..bukan ubat.. bila nutrisi, dia bantu lah tampung mana yg kurang...tolong balance kan hromon dsb... kan pernah sy mention supplement ni bukan penawar..tapi bila diambil dalam amount yg betol, dgn cara yg betol.. x mustahil leh jadi penawar kan...btol x?

oklah..malas lak nk bebel panjang2.. nnt kan umar mukmin bangun..x smpt nk ngepos entry nih. saya nk share ngan you all lah antara bbrp experience dan testimoni yg dh berjaya hamil stlh amalkan vitamin kesuburan shaklee nih! jom usya dan tolong hebohkan ye :P



testimoni vitamin kesuburan 1





testimoni vitamin kesuburan 2



testimoni vitamin kesuburan 3




testimoni vitamin kesuburan 4




testimoni vitamin kesuburan 5 (nama terpaksa di hide atas faktor privacy :) )




testimoni vitamin kesuburan 6





 testimoni vitamin kesuburan 7




testimoni vitamin kesuburan 8



ha...marvellous kan??

anda bagaimana? masih ragu2 nak mencuba shaklee??

jom cuba dan dapatkan konsultansi dan tips2 ekslusif dari saya after pembelian.

hubungi 013-4404869 :)



|Rashidah Juhari||Shaklee Independent Distributor|| ID : 867851 013-4404869|
|shadiraakashi@gmail.com|

   * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Wednesday, January 16, 2013

Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita dan lelaki


berikut adalah punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita:



1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.


Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.


2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.

Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.


3.Endometriosis.

Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.


4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).

Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.


5.Masalah pada rahim.

Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.



Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:


1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.

Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.


2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.

Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Shaklee menawarkan sesuatu yang istimewa untuk anda yang sedang berusaha mendapatkan zuriat



Sungguh exclusive tajuk di malam ini. yup! mmg exclusive, sbb shaklee je ada nih! hihi. oklah, saya harap teman2 semua tidak terlalu merindui saya jika menyepi seketika di alam maya ini.

skrg ni saya agak tidak menang tangan melayan order dan menguruskan kerja2 hakiki, persediaan sebagai seorang facilitator. Sem baru, subject baru, banyak bnda nk kna study.huhu.. moga2 ALLAH berkati dan permudahkan...dan, semestinya saya mmg x sabar2, gatal sungguh tangan nak berkongsi sesuatu yg bermanfaat utk kwn2 semua. Iaitu tentang vitamin bagi yang merancang kehamilan.

Bila bercakap tentang kesukaran untuk hamil..kita terbayangkan tentang masalah kesuburan.. tapi sbnrnya x semua berkaitan dengan kesuburan... ada stgh pasangan, mmg tiada apa2 masalah, tapi masih belum dapat...itu bukan kuasa kita, semuanya kehendak ALLAH... DIA lah yg berhak menentukan... yg penting kena doa, doa, doa dan berikhtiar. mgkin DIA nak uji kita sket tu... nk tgk kita ni sanggup usaha dan sabar ke tak... lain orang lain ujiannya kan....

btw, saya sangat salute pada mereka yg sentiasa tidak putus asa berikhtiar utk mendapatkan zuriat, yakinlah, walau lmbt sket pun hasilnya.. ALLAH tgh memandang anda dengan pandangan Rahmat kerana telah menyambut seruanNya utk mempunyai zuriat dan keturunan...in sha ALLAH...

baiklah...sesuai dgn isu kita hari ini... saya nak membantu kawan2 semua yang masih berusaha. Especially for those yg mmg ada mslh, tidak salah mencuba kan? kalau yg xda problem pun still boleh cuba... no harm trying sbb SHAKLEE ni hanya membekalkan nutrisi yg dpt cover mana2 yg x cukup dalam badan kita...

Dalam pakej Shaklee untuk kesuburan ini...kami menggalakkan kedua2 suami dan isteri mengambil vitamin2 seperti bcompleks, vitalea, ESP, GLA dan alfalfa (isteri), serta vitamin E dan zinc (utk suami).Ini kerana dalam setiap vitamin ini terkandung nutrisi2 yg perlu untuk reproduction sistem lelaki dan wanita. antara kepentingan vitamin2 tersebut utk perancangan kehamilan adalah seperti yang tertulis di poster ini:


  • Vitamin E dan Zinc complex menguatkan sperma dan memekatkan mani 
  • GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang membantu sperma terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. 
  • Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan 
  • ESP membantu pembinaan sel2 telur yang sihat 
  • Vitalea (tablet multivitamin dan multimineral) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh 
  • Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. 

sangat2 digalakkan untuk anda suami isteri mengambil vitamin2 di atas. Tapi sekiranya mempunyai kekangan bajet dsb, utk isteri boleh dlu cuba GLA dan alfalfa dan Suami boleh cuba zinc dan vitamin E.

Inilah serba sedikit yang saya boleh bantu anda. Namun harus kita ingat...mengamalkan supplement cumalah salah satu usaha kita, selain dari itu, bnyk perkara2 lain yg perlu kita amalkan seperti merancang waktu utk melakukan hubungan, menjaga pemakanan, tidak stress serta banyak mengamalkan amalan2 sunat seperti solat hajat serta doa berterusan kepada ALLAH. Antara doa yang boleh diamalkan adalah petikan ayat 89 dari surah Al-Ambiyaa iaitu yg bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkau jua sebaik yang mewarisi.

Alhamdulillah...semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. dan suka saya ingatkan sekali lagi, pada yg sedang berusaha, teruskanlah, jgn putus asa..ALLAH sedang memandang anda dengan penuh Rahmat. Saya sangat memahami keinginan pasangan terhadap zuriat. Moga ALLAH sentiasa meredhai segala usaha anda.

jika anda rasa nak cuba shaklee.. jgn segan utk hubungi saya ye. In sha ALLAH, vitamin2 Shaklee adalah affordable, reasonable dan comfortable.. hehe. cuba tgk perkongsian saya di FB ttg progress one of my friend yg dh cuba SHAKLEE. hny status smpat daku upload sbb gmbr whatsapp dgn dia xsmpt nk trnsfer lg..hihi



Alhamdulillah..segala pujian bagi ALLAH atas setiap rahmat :)

salam Qiyamullail~~

Rashidah 013-4404869 :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Saturday, January 5, 2013

joint health set! sayangi sendi dan tulang anda!

bam bam boom boom... eh bunyi apa ni?? hihi

punyalah excited dgn promo August ni kan.., sampai bam bam boom boom.. hrpnye xda membawa maksud lain la dalam bahasa lain kan? hihi.Kalau dulu promo ni time january, ni ia datang lagi!!!

ok2..ni nk citer, sy nk bg anda offer hebat nih! mmg terbaiklah! sgt2 best! mmg marvellous! sape cni yg x pernah rasa sakit sendi? sakit belakang, sakit pinggang, sakit lutut? sakit otot betis, tangan dsb.. sape tak pernah? waah..mmg bertuah anda! tp sy rasa mmg xsmpai 50% pun yg x penah sakit kan...sy sendiri pun mmg pernah..nak2 lepas bersalin..mmg kdg2 lutut ni wlpun x sakit..mmg ade bunyi sket..especially masa solat n nk duduk..huhu

so, bg anda yg ada mslh n rasa perlu solusi utk ini...saya sgt recommend anda utk mencuba joint health set ni. kombinasi hebat ostematrix, advanced joint health tablet dan omegaguard pasti memberi anda kepuasan insyaALLAH dlm ms smggu dh boleh rasa perubahannya. kalau anda dh ambil supplement lain spt ESP dan GLA...kalau nk add AJHT saje pun Ok..sbb dlm ESP dh ada kalsium dan GLA pun ada fatty acid. tp kalau cuba ketiga2 oste, omega n AJHT lagi baik.. mcm sy skrg sy consistent dgn GLA, ESP dan dah 5 hari amik AJHT..Alhamdulillah..improved! bunyi lutut semakin kurang n badan rasa ringan sket. Alhamdulillah. cumanya sbb skrg musim hujan..pening2 kepala tu mmg ade sket2.. asyik kna hujan je..

oklah, dah sy bg testimoni sendiri, apa kata kita usya sket apa yg best nye dengan joint health set ni ye.. cuba kita tgk review satu persatu product dlm set ni..

advanced joint health tablet
  • Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.
  • Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.
antara fungsi AJHT
  • Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan
  • Bertindak sebagai ‘kusyen’: Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi denganmembekalkan sokongan nutrien untuk kolagendan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.
  • Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit2 sendi..Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi


tapi kalau nak kesan yg optimum boleh ambil satu set dgn Ostematrix dan Omega. Jom tgk fungsi Oste dan Omega nih :)ostematrix


  • Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 
  • OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Fungsi OsteMatrix:

  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • membantu dalam pengecutan otot dan perlancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom2 senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air,mudah meradang dan kemurungan.

omega guard


  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. 
antara fungsi omega yg berkaitan dengan fungsi sendi adalah
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi
  • Mencegah penyakit gout
ha...bagaimana? nak cuba? hubungi saya di 0134404869 ye :) Promosi beli 6 percuma 1 sebulan je ni :)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

regards,
ummu Umar :)
shaklee iD: 867851
013-4404869

Follow us for more tips :)