Saturday, February 6, 2010

Tsunami at Haeundae, best + tragis


 
Bismillah wal hamdulillah,


Hmm.. kepala saya masih lagi terasa sakit, mungkin kerana terkena panas matahari sepanjang perjalanan pulang ke kampung dan menziarahi keluarga tunang abang saya di Besut. Sekarang ni dunia sangat panas, mungkin terlalu banyak menanggung dosa2 manusia yg semakin hari semakin lalai sehinggakan kabur tentang akhirat yg bakal ditempuhi. Kalau dahulu jam 12 pun masih lagi teduh, skrg ni, jam 10 pagi sudahpun panas terik, sebab tu lah kadang2 rasa malas nk keluar rumah…tapi…kalau tak keluar rumah..jadi kerusi dan meja makan sudah la..hahaha..


Oklah, saya terasa nak share sket tentang sebuah cerita korea yg saya tonton kat rumah. Tsunami at Hauendae. Cerita ni mmg best. Nama pun dah sampai tahap Box office. This is the first Korean drama which reminds me about kebesaran ALLAH. Not like others, pasal cinta cintun je..muak gak rasa, tapi ok la gak, if u all tgk sekadar mengambil iktibar. Sbb ade gak elemen2 kemanusiaan yg diselitkan yg bleh kita jadikan panduan dalam hidup. Bak kata org tua2, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan kan? Pandai2 la kita menilai.. masing2 dah matang kan…


Orait, kembali kepada topik asal… Tsunami at Hauendae adalah sebuah filem yg mengisahkan tentang mega-tsunami yg melanda Haeundae di saat kehidupan yg paling manis dirasai oleh manusia. Bak kata orang puteh, Disaster strikes at the happiest moment. Lakonan mantap oleh Sul Kyung Gu dan Ha Ji Won dan beberapa pelakon lain yg sy tak igt pun nama diorang..hehe. Namun, apa yang saya ingin fokuskan di sini bukanlah kepada sinopsis atau plot cerita ini, tapi, ulasan yg lebih bersifat umum dan paling penting kaitannya dengan kehidupan Islam. Bukankah hidup itu indah dan mantap jika sentiasa memandang sesuatu dengan pandangan Islam kn?

Filem ini mempunyai persembahan grafik yg cukup mantap.  Kejadian mega-tsunami yang digambarkan cukup real dan menggerunkan. Gambaran ombak besar yang mengejar ribuan manusia yang cuba menyelamatkan diri cukup mendebarkan. Dalam erti kata lain, produser berjaya menghasilkan satu panic situation yang nampak agak real la.. Salah satu babak yang cukup menyeramkan adalah ketika tiang elektrik jatuh ke dalam banjir yg disebabkan ombak besar. Ketika orang2 terkapai2 berenang cuba menyelamatkan diri, sedikit demi sedikit, tiang elektrik terselam di dalam air dan seperti yang kita ketahui, air adalah konduktor elektrik yang cukup bagus dan sekaligus membunuh ribuan manusia yang sedang lemas. Hero dan heroin of course la terselamat..hehe..Apa yg dikatakan disaster strikes at the happiest moment is, mega tsunami ni melanda di saat cinta mula terluah antara hero dan heroin, di saat seorang anak mula mengetahui siapakah bapanya, di saat isteri dan suami yg bercerai mula menjumpai semula titik persefahaman antara mereka dan di saat manusia sedang leka berseronok di tepian pantai..huhu

Apa yg saya merapu di atas mempunyai maksud yg tersirat. Bagi saya, cerita ini mempunyai value yg tersendiri. Walaupun pada dasarnya produser cuba menggambarkan kesedihan dan ketragisan apabila disaster menyerang pada saat paling manis dalam hidup, bagi saya, ia sudah cukup memberi pengajaran bagi yang tahu dan mahu berfikir. Dalam bahasa direct dan mudah, ia sudah cukup member iktibar tentang bala dan juga kaitannya dengan hari kiamat. Dalam cerita ini, digambarkan manusia lari-selari-larinya menyelamatkan diri sampai tahap memijak kepala orang lain. Manusia macam dah gila. Besarnya ombak, tak pernah terduga di minda manusia. Sudah cukup untuk menggambarkan akan haru birunya manusia pada hari kiamat kelak. Namun, kedahsyatan hari itu mmg tiada siapa pun yg akan tahu tahapnya bagaimana, kerana soal hari kiamat bukan urusan kita. Ia termasuk perkara2 ghaib yg ALLAH sahaja tahu bila dan bagaimana.

Namun begitu, Allah s.w.t telah bnyk memberi peringatan kepada manusia tentang hari yang dahsyat itu melalui surah2 seperti Al-Qariah, Al-Zalzalah, Al-Qiyamah, Al-Waqiah, Al-Haqqah dan banyak lagi surah lain tentang hari kiamat ini. Tapi, berapa banyak yang mahu mengambil pelajaran?? kebanyakan manusia sebenarnya masih lagi di takuk lama. Malah ada yg semakin teruk akhlak dan akidahnya. Astaghfirullah…Wa Nauzubillah..

Tsunami itu hanyalah sedikit sahaja. Tak sampai sesuku bumi pun. Namun, manusia dah hilang akal dah. Bayangkan pada hari kegoncangan nnt.. seluruh alam semesta yang di hancurkan… mmg tak dapat dibayangkan kn?

Owh ya, satu lagi value yg saya dapat extract ialah… mmglah mega tsunami tu adalah peringatan atau bala ALLAH kepada kemaksiatan manusia. Manusia yang dok kat tepi2 pantai tu..sape suruh pakai seksi2? Sape suruh wat benda2 tak best dipandang?? ALLAH dah murka kn?

Apabila bercakap tentang balasan ALLAH ni.. dipihak saya sendiri merasakan sangat berat. Sbb diri sendiri masih mempunyai banyak amanah yg tak dpt dijalankan dengan sempurna. Sepatutnya apabila mengetahui orang2 sekeliling melakukan kemaksiatan, kita yang faham harus perbetulkan. Tapi, kadang2… siapalah kita kan? Walaupun rimas sangat tgk kejahatan tu..tapi… . Mungkin kena lebihkan doa supaya diberi kekuatan. Sampai bila nk benci dalam hati je? Sampai bila nk biarkan iman tu adalah selemah-lemah iman kan? Erm… sbb tu lah nk berdakwah ni takleh sorang2. Kena ramai2…lagi best kalo ade kuasa. Lagi best kalo Negara kita ni betol2 negara Islam, Betol tak? Pandai2 la korang nak pikir ape..

Oklah, sy nk wat bnda lain lak... … minta maaf kalo ade ayat2 yg tak best dibaca sbb sy ni bukan pandai sgt bercerita..hehe
Da~~~


:: life is so great with Islam ::

Follow us for more tips :)