Monday, September 28, 2009

hati menangis rindukan ALLAH



Bismillahirrahmanirrahim...


sungguh lama rasanya diri ini tidak menulis apa2 di blog ini.


mungkin kerana mood itu tidak timbul dek kesibukan diri dengan pelbagai hal...


kini..di saat ini...diri ini mengambil kesempatan,menyapu sedikit debu2 di blog ini, sebelum 

bermulanya hari sibuk sedunia :)


waah3x... poyo benar bunyinya bila diriku bermadah pujangga..namun hakikatnya begitulah...

kesibukan yg melanda kadangkala membuatkan kita lupa pada tujuan sebenar hidup kita, 


lupa akan amanah disekeliling yg semakin menggunung...dalam tak sedar juga kita semakin 

jauh dariNYA...

 

dikala inilah... hati ibarat menangis, hati merindui sesuatu, hati terasa dibiarkan... hati ini 

terasa benar kekosongannya,hati meronta-ronta minta di isi, hati mencari sesuatu yang 

sudah lama dibiarkan.

 

Dikala mendengar bait2 lagu nur Tuhan nyanyian Hijjaz, hati kian tersentuh...

"tak terucap kepiluan ini, titik hitam yang menghijab hati, hitung dosa saat pergi takkan 


kembali, sisa umur tidak undur lagi....

 

"perjalanan dalam kehidupan, bukan jauh ketentuan datang, mungkin esok takdir takkan 

dapat dihalang, untung nasib digenggaman Tuhan.....

 

ya...benar sungguh, hati ini sebenarnya menangis, bukan sekadar tersedu-sedu, tetapi 

teresak-esak, merengek2 ibarat seorang bayi, minta di isi kekosongan ini. Ya...hati 

ini..merindui sesuatu... merindui pencipta yang Maha Agung. ALLAH.....sungguh...hati ini 

kosong dan tidak tenteram bila menjauhiMU... alpa sungguh diri ini... ya 

ALLAH...ampunkanlah diri ini yang terkadang lalai dari mengingatiMU....

 

dikala ini..teringat satu hadis yg menyatakan...

"sesungguhnya, jika kamu mendekati ALLAH dengan sejengkal, maka ALLAH akan 


mendekatimu sehasta, jika kamu berjalan mendekati kepada ALLAH,maka ALLAH akan 

mendekatimu dengan berlari..."

 

ya ALLAH... betapa ALLAH itu Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNYA. AmpunanNya 

adalah lebih besar dari kesalahan insan..ALLAH.. ampunkan kami...lindungi jiwa kami dari 

kekosongan...


Monday, September 7, 2009

5 orang ibu saya =)

Assalamualaikum....

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

seperti yang dijanjikan, saya  nk post cite sal 5 orang ibu saya...hehe..ramai betol..[jeles tak? =P]

walaupun saya sebenarnya ada presentation esok ni, tapi ptg2 ni mane la ade feel nk practice...huhu

so, drpd dok melangut je membazir masa[masa itu emas kn?so, better la meng "update" blog ni..

saudara dan saudari sekalian,

sesungguhnya i
nsan yang bergelar ibu sungguh bermakna dalam hidup kita. Dan dikatakan juga

syurga itu terletak di bawah telapak kaki seorang ibu...dan Rasulullah pun bila disoal oleh seorang sahabat siapakah yang perlu dihormati, baginda s.a.w mengatakan sebanyak 3 kali untuk menghormati ibu terlebih dahulu, kemudian barulah bapa..[sila refer hadis di bawah]

"Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli?” Beliau menjawab, “Ibumu! Ia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasul menjawab lagi, “Ibumu!” Ia balik bertanya, “Siapa lagi?” Rasul kembali menjawab, “Ibumu!” Ia kembali bertanya, “Lalu siapa lagi?” Beliau menjawab, “Bapakmu!”
[Dikeluarkan oleh Asy-Syaikhani Bukhari-Muslim]

namun begitu, bukanlah bermaksud kita tak perlu menghormati ayah kita, tapi dari sudut keutamaannya ialah ibu kita. Ingat! kedua-duanya wajib kita hormati dan sayangi dan wajib untuk kita berbuat baik sebagaimana firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-Isra, 17 : ayat ke 23 yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun)."

oleh itu sama-samalah kita menyayangi dan menghormati ibu dan ayah kita.. :)
kembali kepada post asal saya ... tentang 5 orang ibu saya  :)

1. pertama ialah....

ha...she's the one who I love most! my mom! my mother! ni mak saya  yang betol2, mak kandung, mak yang mengandung, melahirkan, menyusukan, membesar dan mendidik saya ! tak dapat nk diluahkan sejauh mana sayangnya saya  pada dia. Subhanallah, Alhamdulillah, segala puji dan terima kasih saya  ucapkan kepada ALLAH yang telah mengurniakan ibu sebaik ini untuk saya . ma lah insan yang paling memahami diri ini... i love u ma! i luv u! [huhu, tetiba terlebih emo lak]. btw, saya  nk teruskan cite sal ma saya  ni., dilahirkan pada 25 November 1953, di kampung Nakhoda Sa'amah, Bachok, kelantan. Ma saya  merupakan anak ke 3 daripada 6 orang adik beradik. Berkahwin dengan abah saya  seawal usia 21 tahun [fuh, baya saya skrg tu - bakal menyusul insyaALLAH, hehe =p]. Ma saya  ni suka masak n suka manjakan cucu dia. sangat suka kalo ma masak nasi kerabu, n mee kari, laksa penang, ikan bawal bistik, tomyam..erm, pendek kata, semua lah! ma saya  sometimes agak melucukan. saya suka usik mak saya , pura2 merajuk tapi saya  tergelak. nampak sangat pura2.hehe. ape2 pun, bagi saya , ibu saya adalah seorang yang sangat tabah! kenapa??see me personally utk dapatkn jwpnnye k! =)


2.kedua lak....
ha.... yang ni lak,saya  panggil mak. Mak angkat masa program rakan muda wawasan desa. tapi saya  dah lupa nama penuh mak..[sepoil betol] tapi apapun, saya  tetap hormat dia sbgai mak angkat saya . Tapi jarang contact skrg sbb biasanya contact melalui kakna je [kakak angkat]. mak tinggal kat pengkalan hulu. area hujung2 perak. jauh sangat nak pegi...huhu.mak keje kat ladang getah n ade kedai runcit.tapi mak penah pesan, kalo nk kawen kna gtau mak. insyaALLAH mak...bleh je..hehe.. ape2 pun, saya  tetap ingat kat mak sokmo!suatu hari nnt saya  akan g pengkalan hulu jumpa mak :)


3. ketiga lak....)


ha.... ni lak saya  panggil mama. Nama dia Cik Puteh. Tinggal kat Kuala Kedah. Mama angkat masa TB07. Fuh, sporting abes mama ni. Masak mmg best. Hari-hari makan seafood, udang besar, ketam besar. mmg terlebih zat duduk ngan mama. Bawak ktrg g langkawi la... borong coklat banyak2..hehe. mama ada 4 org anak. mama panggil saya  kaklong or long. anak sulong kepada 3 4 adik2. Kakak, soleh,ab, n daniel. sumer comey2 belaka. mama ni aktif, keje kat ofis marine kalo tak silap saya ..huhu. ahli JKKK and aktif ngan wanita umno hihi...kitorang selalu kontek... setiap kalo kol or sms, soalan yg sering ditanya ialah.. "long ble nak turun kedah??" long hanya tersenyum, insyaALLAH after grad long smpai kuala kedah mama...hehe. yang bestnya..mama kata kalo ade mase free, nk turun masa konvo saya ...hehe...insyaALLAH.. apepun, syg mama jugak... :)

4. keempat pulak.....

ha....yang ni takde gambar la... satu folder dah ilang..sedihnya saya ! mak ni, nama dia salmiah...huhu... nnnt saya  jumpa saya  letak balik.. mak ni mak angkat mase baktisiswa daya wawasan. best mak ni... sporting. family smua best. ada kakak2 n adik2 yg sebaya. family mak ni lah yang kata muka saya  macam Heliza AF. huhu... padahal takpun. maybe sbb ,mase program tu spek saya  pecah. so, ble tak pakai spek, mate jadi bulat sket ar, mcm heliza..hehehe... mak ade kebun, kalo musim durian meriah lah....uish best tau! mase program tu mak bakar ikan tilapia..best saya  n smua family makan. Ngan mak pun dah lama tak contact sbb num kak siti n ida dalam nset lama. Tapi kalo ikutkan umah mak kat Tapah je..tapi tak sempat lg nk pegi mlawat...aish, ble ntah nk pegi ni...ape2 pun syg mak selalu... jgn lupakan saya  ek mak... kalo rindu saya, tgklah muka heliza [bajets :P]

5. kelima lak....hehe


ha.... ni mak angkat yang paling latest. Mak angkat TB08. hehe...mak ni org jawa.. tinggal kat olak lempit, banting. Kalo mase program dlu slalu makan masakan jawa.boleh tahan la sedapnya saya  ni asyik cite sal makan je] hehe...mak ada 10 org anak. besar2 belaka dah, keje best2 belaka dah. yg kecik skali adik, form 1 tahun ni..hehe..slalu la gak contact ngan mak ni.. sbb adik2 n kakak2 slalu sms, chat, fs n so on. mak ni peramah orgnya, bleh dikatakan smua peserta Tb08 leh jadi anak angkat dia. Everyone is her son/daughter. hehe...sayang mak :)


6. keenam...

erk...ada ke yg ke 6? bukan ke 5 jer?? hehe... insyaALLAH yg keenam menyusul tahun depan! ibu mertua :P .hehe..[just kidding]


sekian utk post hari ni... nk tdo dah...

pesanan sebelom tido:

  • renew ur syahadah
  • read ayat qursi
  • baca doa tido
  • baca 3 qul
  • selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
wallahua'lam...

Follow us for more tips :)